Wednesday 26 June 2013

PAS Akan Boikot PRK DUN Kuala Besut

Sebelum dan selepas PRU-13, parti-parti pembangkang termasuk PAS sering melagukan propaganda kononnya proses pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR penuh dengan penipuan dan tiada ketelusan.

Tohmahan dan fitnah yang ditaburkan itu nampaknya berjaya mempengaruhi pemikiran penyokong pembangkang sehingga mendorong mereka menyertai himpunan Blackout 505.

Jika segala tuduhan liar dan bantahan itu diambil kira bermakna PAS yang bernaung di bawah kerjasama longgar PR sepertinya sudah hilang kepercayaan kepada SPR selaku pengendali rasmi pilihan raya di Malaysia.

Kini dengan adanya PRK di DUN Kuala Besut yang dijangkakan sebelum Aidilfitri 2013 berikutan kematian wakil rakyatnya dari BN, maka timbul persoalan samada PAS akan memboikot PRK tersebut atau sebaliknya?.



Logiknya, PAS mungkin saja akan mengambil tindakan boikot kerana itu akan membuktikan kesungguhan PAS memprotes proses pilihan raya kendalian SPR yang didakwanya tidak telus.

Namun dari sudut lainnya, seandainya boikot itu benar-benar berlaku bermakna BN boleh tersenyum lebar kerana kebarangkalian ada untuk BN meraih kemenangan mudah atau percuma.

Kalaupun ada pertandingan kelak, BN cuma perlu bertembung dengan calon yang merupakan proksi PAS atau PKR. Mungkinkah ini yang akan berlaku?

Walau apa pun senarionya, rasanya soal boikot kalau pun wujud ia sekadar panas untuk seketika. Sejarah membuktikan PAS cukup serasi dengan sikap flip-flop dan tidak kekal dengan satu pendirian.

Justeru itu, janganlah terkejut bila mana tiba hari pencalonan untuk PRK DUN Kuala Besut, PAS akan hantar juga calon atau proksinya.

Menyertai PRK DUN Kuala Besut secara tersiratnya membawa maksud PAS selaku sebahagian dari PR memperakui ketelusan proses pilihan raya kendalian SPR. Ia bermakna satu lagi pengiktirafan oleh PAS untuk SPR.

Apa pun, jika PAS ada kesungguhan, apa kata untuk julung kalinya PAS boikot PRK DUN Kuala Besut sebagai manifestasi bantahan terhadap SPR? Sanggupkah?

No comments :

Post a Comment