Friday, 28 June 2013

Anwar Terdiam Bila Ditanya Soalan Penting Ini

Mantan Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa perhimpunan membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu - BLACK 505 - dibiayai oleh pihak asing.

Beliau juga mendakwa mengetahui Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington dan Filipina, lapor media. Dan mungkin juga di Thailand dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina dan sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu.

"Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana mereka adalah rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka," kata tokoh Indonesia itu seperti dilapor dalam akhbar tersebut.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan Ketua Editor portal berita Merdeka On-Line Al-Azharri Siddiq Kamunri di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.



Dalam temubual itu juga, Jusuf juga mempersoalkan tujuan mengadakan perhimpunan - yang berakhir Sabtu lalu - jika ia didakwanya hanya memberi keuntungan kepada musuh Islam dan orang Melayu.

"Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan tidak dapat memberi jawapan dengan jelas.

"Ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli parlimen dari parti lain.

"Maka, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Blackout 505 itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan sebelah pihak iaitu musuh Islam,

No comments :

Post a Comment