Thursday, 13 June 2013

PAS Baru ucap selamat tinggal kepada DAP dan ANWAR



Perasaan malu Anwar Ibrahim kerana tak dapat jadi Perdana Menteri dalam PRU13 lalu seperti yang diumumkan, dan perasaan malu DAP kerana pemalsuan kiraan undi dalam mesyuarat agungnya pecah, menjadi sebab utama tindakan susulan untuk menutup malu mereka ini, dengan membuat kejutan baru untuk tidak mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen pada 24 Jun ini.

Perbuatan menghina Perlembagaan Negara dan DYMM Seri Paduka baginda Yang Di Pertuan Agung ini berlaku kerana DAP yang sememangnya telah diresapi oleh fahaman komunis yang begitu ketara anti Raja, diasak pula oleh seorang manusia serakah dan rakus gilakan kuasa Anwar Ibrahim, yang sanggup melakukan apa saja, walaupun mengakibatkan kemusnahan negara ini, demi mencapai cita-cita pribadinya yang amat luas ibarat lautan yang tidak bertepi.



Hanya seorang penganut komunis seperti Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng sahaja yang sentiasa mendorong Anwar Ibrahim supaya berbuat apa saja, mereka tetap akan berada dibelakang, kerana mereka ini mahu negara ini musnah dan hancur lebur untuk mendirikan Kerajaan Komunis diatas kehancuran dan kemusnahan negara beraja ini.

Pemimpin baru Pas telah menghidu matlamat para pemimpin pembangkang ini dan mereka mula menunjukkan rasa kurang senang terhadap perancangan untuk menghancurkan negara ini.

Kesedaran ini mula zahir di Kelantan dimana pemimpin Pas Kelantan dengan tegas memilih Dato' Amad Yakob menjadi Menteri Besar yang baru, kerana Dato' Ahmad Yakob memang tidak sependapat dengan MB sebelumnya Nik Ab.Aziz Nik Mat yang menjadi pendokong tegar Anwar Ibrahim selama ini.

Nik Abduh anak kepada Nik Aziz juga mempunyai pandangan yang sehaluan dengan MB Kelantan yang baru ini, dan perkembangan terbaru ini, mendapat sokongan dari ahli-ahli Pas dan para penyokong mereka di Kelantan.

Nik Abduh menang selesa di Pasir Mas mengatasi kehebatan pejuang Perkasa Dato' Ibrahim Ali, adalah satu pengiktirafan para ahli dan penyokong Pas terhadap Nik Abduh yang membawa fahaman sederhana tidak bersekutu dengan Anwar Ibrahim, satu pendirian yang dilihat 100% bertentangan dengan pendirian bapanya Nik Aziz.

Nampaknya Dato' Ahmad Yakob Menteri Besar Kelantan yang baru ini telah memberikan isyarat 'Selamat Tinggal Anwar Ibrahim' kerana beliau memang arif bahawa Anwar Ibrahim tidak akan berpaling kebelakang lagi bila sanggup melakukan apa saja untuk mencapai matlamat pribadinya, dengan sikap 'membujur lalu melintang patah' , diperalatkan oleh pendsokong komunis DAP yang anti Raja, anti agama Islam dan anti Melayu.

Ucpan sulung dalam acara bersepadu dengan Kerajaan Pusat semasa majlis perasmian Tlawah Al Quran Peringkat Kebangsaan di Balai Islam Lundang Kota Bharu kelmarin, MB Kelantan itu dilihat membuat ucapan yang selari dengan ucapan Perdana Menteri Dato. Mohd Najib Tun Ab.Razak, iaitu ingin bersama-sama mendokong ruh dan jiwa pembangunan berasaskan panduan Al Quran.

Beliau juga melahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang melibatkan negeri Kelantan dalam perancangan pembangunannya, demi faedah masyarakat Islam dan Bangsa Melayu di negeri itu.

Kewibawaan kepimpinan Pas kini mula terserlah, barangkali mereka tidak mahu lahir di peringkat Pusat yang mana Ab.Hadi dan Mat Sabu telah terikat dengan ikatan bersama Anwar Ibrahim dan DAP, maka mereka mengisyaratkan MB Kelantan yang baru inilah orang yang amat sesuai merintis jalan baru buat Pas...kerana Pas Kelantan selama ini dilihat mengepalai apa saja keputuan Pas di negeri2 lain.

No comments :

Post a Comment