Wednesday, 12 June 2013

Ketika Tun Dr Mahathir.....

Semasa Tun M bina Daya Bumi ramai pertikaikannya dan Tun bina Jambatan Pulau Pinang. Ramai cina PP menentang dan rakyat lain juga kritik, Tun umum pengswastaan demi pengswastaan. Ketika ramai kritik pengswastaan termasuk kakitangan yang terbabit Tun teruskan dengan mendirikan Proton. Hampir semua rakyat menentang proton kerana tak yakin, Tun bina pula PLUS bertol.

Ramai yang memberi pelbagai kritikan termasuk mengayakan kroni dalam hal PLUS, Tun bina pula KLIA. Tat kala tuduhan membazir wang rakyat dalam isu KLIA, Tun bina pula KLCC.

Seluruh negara kritik KLCC dengan pelbagai bagai kritikan, Tun bina pula Stadium Bukit Jalil. Kritikan yang kata Malaysia tak mampu anjur Sukan Komenwel (Sukom), Tun bawa masuk F1 dan bina Sepang Sirkit.



Semakin orang hina Tun dengan pelbagai gelaran termasuk mahazalim dan mahafiraun,
Tun bina pula Putrajaya sebuah bandaraya bercirikan seni bina Islam yang cantik, tersusun lagi bersih mengumpul umat Islam seramainya menjadi penduduk majorit di bandaraya pentadbiran tanpa ada pusat pusat hiburan syaitan membalas majoriti cina di Kuala Lumpur.

Bermacam macam tuduhan dan kritikan setiap apa yang Tun bina dan lakukan termasuklah dasar dasar tertentu, Tun terus ke depan. Hasilnya negara bertambah maju, hasil negara yang dikata banyak yang kononnya pemimpin UMNO habiskan sedang kan negara Malaysia mana ada duit dulunya. Jika mereka mengatakan banyak duit negara pemimpin UMNO habiskan, bermakna mereka sahkan kerajaan pimpinan UMNO berjaya banyak kan duit negara, rakyat dapat pekerjaan, negara dikunjungi berjuta juta pelawat setiap tahun.

Orang Islam saban tahun ke Mekah kerjakan umrah. Zakat umat Islam byk membantu fakir miskin bukan sahaja dalam negara malah Islam di luar sana. Itulah jika ada seorang pemimpin yang mempunyai keyakinan diri dan tahu nak buat apa untuk rakyat. Melayu dan Islam gah berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan bangsa lain.

Tak termimpi orang Melayu boleh jadi CEO syarikat tenaga eletrik terbesar, telekom terbesar, tuan punya dan CEO highway bertaraf dunia, hospital jantung sehebat negara maju, CEO rangkaian hospital pakar terbesar dalam negara, CEO pengeluar kereta dan pelbagai syarikat besar lain. Semuanya kerana Perdana Menteri yang menilai sendiri setiap cadangan dan nasihat dari pelbagai sumber dan rajin mengkaji serta mempunyai jiwa perjuangan untuk Islam, Melayu dan Negara.

Tetapi Najib,
orang pertikai ISA,
Najib hapuskan ISA.
Orang pertikaikan tahanan terhad,
Najib padamkan Akta Darurat.
Orang nak berhimpun setiap bulan,
Najib huru harakan Akta Perhimpunan Aman.

Orang pertikaikan ketelusan PRU,
Najib setuju guna dakwat kekal.
Orang pertikai keputuan PRU13,
Najib tubuh J/kuasa Parlimen pantau SPR.

Harapan saya agar jangan ikut suara minoriti yang ingin melihat Malaysia jatuh ! Buang pengampu dan percaya pada diri sendiri. Rakyat amat mengharapkan pemimpin yang tegas demi survival agama, bangsa dan tanah air! Sekadar renungan buat pemimpin.

No comments :

Post a Comment