Sunday, 23 June 2013

Blackout 505

Kesimpulan, Tak Sampai 1% Hadir, Perhimpunan Blackout 505 yang bermula seawal pukul 10 pagi, ada di antara pembangkang yang hadir seawal 7 pagi.

Kalau mengikut cakap Anwar semalam, himpunan haram hari ini akan dihadiri lebih suku juta manusia. Itu cakap Anwar . Kalau kita dengar cakap macainya yang majoriti sudah ada masalah mental, 1 juta akan hadir beramai-ramai untuk membantah keputusan PRU13 yang lepas kerana dakwaan penipuan.

Tapi ternyata, dua dua pun meleset, hakikat sebenarnya, tak sampai 1% pun yang hadir dalam himpunan yang berakhir sebentar tadi. Ini macam mana cerita, 1% saja yang datang?Paling mengejutkan, komuniti Ah Beng yang memberikan 97% undi kepada pembangkang dalam pilihanraya umum yang lepas, tidak hadir bagi menyokong himpunan kali ini.



Pelik, sebab kalau mengikut beberapa siri perhimpunan yang diadakan di beberapa negeri sebelum ini, kumpulan ini yang menjadi minoriti, Sebaliknya yang kembali menjadi bodoh, ialah orang Melayu juga, malunya pun ada dengan sikap segelintir bangsa sendiri.

Sudah tentu Anwar ada sahaja alasan untuk menjustifikasikan keadaan kenapa kehadiran kali ini begitu mengecewakan. Sama ada Anwar nak berterusan menipu dengan fakta-fakta yang direkanya sendiri, ataupun Anwar akan menyalahkan cuaca Jerebu yang sedang melanda negara kita.

Ini Anwarlah, pembohong dan penipu nombor satu. Kalau dia boleh adakan perhimpunan berdasarkan keadaan yang tidak wujud (Blackout), setakat mencipta alasan untuk menjawab kepada balacinya kenapa kehadiran kali ini begitu mengecewakan, bukanlah satu masalah besar pada dia.

Tapi melihat kepada keadaan tadi, rasanya kepimpinan Anwar semakin ditolak oleh penyokongnya sendiri. ’Kesikitan’ kera yang datang itu sudah satu hal, kalau yang datang pun ‘boo’ semasa Anwar berucap (kumpulan ABU), itu apa cerita?

Apa sekalipun kita melihat masa depan yang gelap untuk pembangkang. Dia nak blackout SPR, dia pulak yang akan diblackout rakyat kerana tidak konsisten dalam banyak hal.

Kata tipu, tapi angkat sumpah dan sebagainya.

No comments :

Post a Comment