Friday, 14 June 2013

Ribut Rosakkan Bangunan UMNO - Guan Eng Gelak Ketawa Riang

Guan Eng Gelak Tawa Sebab Ribut Rosakkan Bangunan UMNO Tanpa Sedar Dia Ketua Menteri Pulau Pinang????Kalau dah namanya chinabeng, perangai chinabeng memang tidak akan dapat dilekangkan dari tubuh badannya. Hati perutnya memang busuk, hitam, berdanur dan bernanah. Segala kebaikan yang cuba ditonjolkannya selama ini, cukup mudah hilang dan akhirnya tembelang sebenar terdedah.

Bukan main seronok lagi Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang apabila ribut melanda dan merosakkan sebahagian bangunan Ibu Pejabat UMNO Pulau Pinang. Para pecacai Pakatan Rakyat turut melaporkan kejadian tersebut dan cuba menimbulkan persepsi bahawa ribut yang telah membuatkan Pulau Pinang mengalami kesesakan trafik yang teruk serta kemusnahan yang agak besar, hanya berkisar di sekitar bangunan UMNO dan kawasan sekitarnya.



Walaupun ada kecederaan dan kematian, bahkan turut melibatkan seorang lelaki dan wanita Cina, yang sungguhpun tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi kerosakan teruk pada kereta mereka akibat ditimpa pokok yang tumbang, langsung tidak menimbulkan kesedaran mahupun perasaan tanggungjawab Lim Guan Eng.

Malah kematian seorang lelaki Cina di Empangan Air Itam akibat ditimpa pokok ketika ribut melanda, juga nampaknya tidak menarik perhatian Lim Guan Eng.

Yang Lim Guan Eng sibukkan adalah ‘MENARA IBU PEJABAT UMNO YANG LUNTUR’ yang kemudian dibetulkan menjadi ‘LENTUR’. Tiada sebarang rancangan Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menyalurkan sebarang bantuan atau memikirkan sesuatu bagi mengatasi penderitaan serta kepayahan yang dialami oleh rakyat dan penduduk Pulau Pinang, terutama sekali yang terlibat dalam bencana tersebut.

Dari kes susur keluar jambatan kedua Pulau Pinang runtuh sehinggalah ombak berketinggian 3.5 meter melanda Pulau Pinang dan kemudian yang terbaru adalah ribut yang telah mencederakan dan mengorbankan rakyat Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekadar bergelak tawa dan bergurau senda tentang bangunan Ibu Pejabat UMNO yang menurutnya telah melentur kerana ribut.

Adakah itu sahaja yang bermain-main dalam fikirannya?

Mana dia laungan slogan kononnya DAP adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab? Keseronokan melihat runtuhnya antena di puncak bangunan Ibu Pejabat UMNO Pulau Pinang itu sahaja yang mahu diperkatakan?

Adakah Lim Guan Eng berasakan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak perlu bertanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada mereka yang terlibat dalam bencana ribut di Jalan MacCalister, Jalan Utama, Empangan Air Itam dan di hadapan Hotel Evergreen? Atau barangkali Guan Eng memikirkan bahawa bantuan kepada mereka, hanya merupakan masalah Majlis Keselamatan Negara (MKN), sedangkan dia selaku Ketua Menteri Pulau Pinang hanya perlu menikmati segala pemandangan kemusnahan yang kemudian diceritakan menerusi TWITTER?

Sehingga setakat ini, belum ada sebarang perancangan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng. Sebaliknya Guan Eng dan para pecacainya lebih seronok bermain dengan kisah politik bagaimana bangunan UMNO Pulau Pinang diancam ribut.

Kalau sudah berhati perut busuk, tiada apa-apa yang dapat melindungi atau menyorokkan hakikat berkenaan. Walaupun cuba dilakonkan dengan sebaik-baiknya, Guan Eng terlupa bahawa pembohong sentiasa terlupa yang dia berbohong.

Ada hikmahnya Pulau Pinang dilanda ribut sehingga mengorbankan nyawa penduduk dan rakyatnya sendiri!

No comments :

Post a Comment