Sejak Omar Ong jadi Pengarah, Melayu dipinggir di Petronas????Menukar logo korporat semata-mata tidak akan memberi sebarang makna kepada rakyat Malaysia khususnya Melayu-Bumiputera yang telah menyokong kerajaan sedia ada.....Pilihanraya umum baru-baru ini sebenarnya adalah penentu kepada hidup dan mati PETRONAS, walaupun sebahagian besar warga PETRONAS terutama yang menjadi penyokong Pakatan Rakyat menganggap ianya tidak mungkin akan berlaku.
Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim khususnya mahu pindahkan sebarang kos manifesto dan janji pilihanraya PETRONAS. Mereka mahu PETRONAS menjadi tabung gajah yang akan dipecahkan untuk mengeluarkan segala wang yang ada dalam akaun syarikat bagi membiayai semua dasar kerajaan sekiranya Pakatan Rakyat diberikan kemenangan pada PRU lalu.
Sekiranya berlaku, PETRONAS akhirnya akan dijual kepada syarikat asing sebagaimana rancangan Anwar Ibrahim pada tahun 1997 dengan bantuan George Soros serta manipulator pasaran andil.
Penerbitan pelbagai jenis bon pinjaman sukuk tidak akan membantu PETRONAS lagi terutama apabila struktur PETRONAS berjaya dihancurkan dari dalam. PETRONAS akhirnya akan menjadi satu lagi syarikat petroleum yang gagal meneruskan persaingan semata-mata.Semuanya kerana KEDEKUTnya mereka untuk membantu golongan yang telah menyokong mereka selama ini, khususnya MELAYU-BUMIPUTERA.
Justeru mahu tidak mahu pengurusan tertinggi PETRONAS yang sangat sombong dan angkuh serta berpemikiran neo liberal mereka harus sedar bahawa tanpa MELAYU-BUMIPUTERA, hari ini PETRONAS tidak boleh berlagak seolah-olah merekalah poket kerajaan yang tidak boleh disentuh.
Pengurusan dan pentadbiran PETRONAS yang beranggapan mereka terlalu kebal kerana kerajaan sangat bergantung sumber kewangan daripada mereka, seharusnya tahu, kejatuhan Barisan Nasional pada PRU lalu, akan membuatkan ramai kakitangan dan pegawai-pegawainya menganggur.
Bukan rahsia lagi bagaimana semua peringkat pengurusan dan pentadbiran PETRONAS telah diresapi oleh pemikiran serta sokongan kepada Anwar Ibrahim. Mereka ini menjadi duri dalam daging.
Bahkan ada pula musuh tersembunyi yang dimasukkan ke dalam PETRONAS, menduduki jawatan utama dan kemudian bertindak secara biadap meminggirkan kepentingan Melayu-Bumiputera sebagaimana yang dilakukan dlaam beberapa kes yang telah didedahkan oleh media sosial termasuklah oleh portal pro pembangkang.Zaman di mana segala-galanya boleh dibohong dengan pelbagai alasan sebenarnya sudah lama berlalu. Zaman sekarang adalah zaman bermaklumat.
Ini adalah zaman di mana sebarang tindak tanduk yang mencurigakan serta menyumbang kepada penyelewengan, tak kiralah sama ada penyelewengan membabitkan kewangan mahupun kepercayaan, pasti akan mengundang perhatian yang amat besar.
Apatah lagi dalam entiti seperti PETRONAS terdapat pula manusia seperti Omar Ong yang dikaitkan dengan AES yang juga merupakan satu lagi projek membunuh kerajaan sedia ada.
Tiada gunanya PETRONAS menukar logo dengan seribu macam tafsiran. Ia tidak boleh menyembunyikan barah yang sedang berakar dalam entiti tersebut.
No comments :
Post a Comment