"Saya berkata kepada Jusof Kalla, saya menghormati nasihat beliau, tetapi urusan penipuan pilihan raya ini masih belum selesai. Saya tidak akan berganjak kerana pilihan raya umum lalu saya menang".
"Saya memenangi lebih 50 peratus dan Najib Tun Razak kalah. Tetapi mengapa Najib yang mentadbir Malaysia? Oleh itu saya memberitahu Jusof Kalla yang saya tetap mengambil tindakan undang-undang tetapi tetap meneruskan himpunan".
Kenyataan Anwar Ibrahim di atas seperti yang tersiar semalam jelas menggambarkan kekeliruan Ketua Umum PKR itu dalam memahami sistem Pilihan Raya negara ini sehingga tidak segan silu mendakwa dirinya adalah pemenang dalam PRU-13.
Memang jenis muka tak tahu malu mendabik dada sebagai pemenang. Apa Anwar fikir PRU-13 lebih sebulan lepas merupakan satu proses pengundian untuk pemilihannya sebagai Presiden Malaysia ke?
Anwar sebetulnya terlalu bebal untuk menerima hakikat bahawa sistem pengundian negara ini bukannya berasaskan peratusan undian popular tapi dek kerana kebebalannya itulah menjadi antara penyebab Anwar terus meroyan enggan menerima kekalahan.
Realitinya berapa besar sekali pun peratusan undi popular di peringkat nasional atau negeri, selagi mana jumlah kerusi Parlimen atau DUN yang dikuasai tidak melebihi separuh jumlah keseluruhan, maka tidak layak dinobatkan sebagai pemenang. Itu realiti pilihan raya di Malaysia yang berasaskan first past the post system.
Sistem yang sama jugalah yang membenarkan PAS diiktiraf sebagai pemenang seterusnya kekal menguasai Kelantan pada PRU 11 tahun 2004 meski pun ketika itu BN berjaya meraih undi keseluruhan melebih 50%. Sebabnya apa? Kerana PAS berjaya meraih 24 kerusi DUN manakala BN yang lebih popular hanya menguasai 21 kerusi DUN sahaja.
Adakah dengan bersandarkan peratusan undi popular yang memihak kepada BN menyebabkannya meroyan sakan dan mempertikaikan kemenangan PAS di Kelantan? Tentu sekali tidak, kerana BN menerima hakikat bahawa pilihan raya kita bukannya berasaskan peratusan undi popular.
Mungkin Anwar merasakan dengan pergi mengadu kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan sahabat baiknya Jusuf Kalla kononnya wujud kecurangan dalam PRU-13 akan ada ruang untuk kedua-duanya campur tangan memberi tekanan kepada Malaysia, jika itu berlaku memang sakan Anwar bertepuk tangan.
Tapi Susilo dan Jusof Kalla bukannya bodoh untuk percaya bahawa PKR yang hanya menguasai 30 kerusi Parlimen adalah pemenang PRU yang lepas apatah lagi sifir matematik membuktikan angka 30 jauh lebih kecil dari 133 kerusi Parlimen malah gabungan angka 38 + 30 + 21 juga tidak mungkin mengatasi angka 133.
Cukuplah Anwar, cukuplah sekadar tunjukkan kebodohan diri di tanahair sendiri, tak payahlah tonjolkan lagi kebebalan sendiri di negara orang pula. Belajarlah terima hakikat dan takdir yang negara ini wujud bukan untuk di perintah oleh manusia manusia keparat.
No comments :
Post a Comment