Saturday, 15 June 2013

Musim Hudud Telah Berakhir


Setiap kali sebelum pilihanraya, PAS akan mencanangkan hudud di seluruh pelusuk tanah air, kononnya UMNO menolak hudud dan dengan itu UMNO diiktiraf sebagai parti bukan Islam atau lebih kerap dikatakan sebagai kafir.

Tapi dimana hudud PAS sekarang? Kenapa tidak langsung disebut dalam mana mana ceramah atau tidak lagi ditulis dalam harakah seperti mana yang biasa dilakukan dulu?PAS hanya akan menyebut tentang hudud apabila sudah hampir dengan pilihanraya dan seperti biasa isu tersebut akan hilang apabila pilihanraya berakhir.

Hudud PAS adalah hudud bermusim dan ianya akan timbul semula setelah hampir dengan pilihanraya yang akan datang dan sekali lagi UMNO akan dikategorikan sebagai kafir oleh ulama PAS.

Sebagai parti yang mengatakan bahawa mereka memperjuangkan Islam di negara ini, adakah PAS berhak untuk mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak tunduk atau akur dengan apa yang dikatakan oleh mereka?



Sedangkan kita semua tahu bahawa PAS tidak benar benar berjuang untuk menuju kearah matlamat mereka sebelum ini dan ini terbukti dengan kenyataan kenyataan bercanggah mereka bersama dengan DAP.

Cuba kita bayangkan jika PAS menjadi kerajaan atau Pakatan Pembangkang menang dalam pilihanraya, adakah PAS akan diberi ruang dan peluang untuk melaksanakan hudud?

Pengerusi DAP pernah menyatakan bahawa untuk melaksanakan hudud, maka PAS perku melangkah mayat beliau dan jelas disitu menunjukkan bahawa PAS tidak akan mendapat mandat yang penuh daripada DAP serta PKR dalam usaha melaksanakan hukum tersebut.

Mungkin PAS terlupa atau tidak perasan dengan kehadiran mereka hanyalah untuk memberikan kekuatan kepada pakatan pembangkang yang selama ini tidak mampu untuk memenangi negeri negeri lain di semenanjung Malaysia.

Seperti yang kita maklum, kemenangan DAP di Pulau Pinang dan Selangor adalag hasil daripada perjuangan PAS selama ini sedangkan DAP dan PKR hanya menunggu untuk menjadi pemerintah.

Di Selangor contohnya, PKR hanya memenangi 14 kerusi berbanding PAS, namun atas ketamakkan PKR maka mereka berkehendakkan juga supaya PKR diberi kerusi untuk memegang jawatan Menteri Besar.

Dimana suara PAS dalam permasaalahan ini? Adakah PAS akan terus menjadi kambing hitam atau keldai tunggangan DAP dan PKR dalam usaha untuk mencapai kehendak mereka?

Ini semua perlu difikirkan oleh semua rakyat Malaysia terutamanya mereka yang beragama Islam.

No comments :

Post a Comment