Saturday, 15 June 2013
Kesian habis madu sepah di buang
Kita sudah sedia maklum dengan wayang kulit pakatan pembangkang yang mahu boikot majlis angkat sumpah di Parlimen.Yang lebih memalukan ialah 60 NGO pro-pembangkang yang disampahkan begitu sahaja apabila gesaan mereka agar kepimpinan pembangkang boikot majlis itu tidak diendahkan langsung.
Mereka inilah keldai tunggangan yang membanjiri perhimpunan BlackOut505 tapi pandangan mereka tidak berguna di mata pembangkang.....Rupa-rupanya, bukan NGO-NGO ini sahaja yang ada isu dengan pembangkang tetapi ada juga individu yang 'hilang' seolah-olah tidak wujud semasa Pembangkang menanggung malu buat U-turn isu majlis angkat sumpah.
Bagi menutup keaiban berkenaan, PKR terpaksa mencari jalan dengan mendakwa mereka tidak pernah mencadangkan sebarang pemulauan.
Yang menariknya, dalam isu ini, Ketua Penerangan PKR Muhammad Nur Manuty seolah-olah 'dijahit' mulutnya dan tidak lagi diberi peranan sebagai jurucakap parti.Banyak keputusan dan dasar parti kini diserahkan kepada Tian Chua untuk didedahkan kepada media.
Setelah tewas di kerusi Parlimen Bagan Serai pada 5 Mei lalu, dirinya ibarat tunggul yang menunggu masa untuk dibersihkan.
Swbelum ini, Muhammad selaku Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sekitar tahun 1990-an dianggap sebagai aset kepada PKR, khususnya diri Anwar. Pengalamannya yang sering mendampingi parti Umno dan mengangkat peranan pertubuhan Islam itu dilihat mampu memberi imej 'Islam' kepada PKR untuk menyaingi PAS.
Namun apakan daya sikap habis madu, sepah dibuang kegemaran Anwar memaksa Muhammad teraba-raba mencari jalan untuk membuktikan beliau masih relevan dalam dunia politik tanahair, atau setidak-tidaknya dalam partinya sendiri, PKR.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment