Semalam Anwar dalam kenyataannya pada media menyatakan bahawa dia mengenal pasti tentang sebilangan pemimpin Pakatan Haram yang “dihadapi” sindrom “fatigue” atau penat.
Anwar dilihat marah-marah pada para pemimpin Pakatan Haram, dipercayai dari parti PAS, yang seolah-olah tidak mahu turut campur dalam himpunan Black505 baru-baru ini dan enggan menyertai kempen mempertikai kemenangan BN pada PRU ke-13 yang sedang dia usahakan.
Hari ini, seperti yang dijangka, Anwar dengan muka tak malunya menjadi pembangkang pertama yang angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pembangkang di Dewan Rakyat. Memang “sesumpah” betul..!
Tapi diluar Parlimen, lebih kurang 200 pengikut pengikut Anwar yang terlepas kandang sedang berdemo mahu dia memboikot angkat sumpah tersebut sebagai tanda meneruskan protes kononnya PRU ke-13 dipenuhi dengan insiden penipuan dan tidak sah.
Lihatlah betapa hipokritnya Anwar dan para politikus pembangkang. Mereka mendakwa kononnya berlaku penipuan di dalam pilihanraya yang menyaksikan mereka menang sebagai Ahli Parlimen. Tapi mereka buat muka tebal depan DYMM Yang DiPertuan Agong dan angkat sumpah!
Insiden ini membuktikan bahawa Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Haram memang sama sekali tak boleh dipakai langsung kata-kata atau perjuangan mereka. Hanya hipokrit, kosmetik dari plastik yang sama sekali tidak tulen pengisiannya.
Anwar dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram segak bergaya mengangkat sumpah di dalam Dewan Rakyat yang sejuk berhawa dingin, tapi mereka biarkan pengikut mereka berteriak melolong macam orang gila di luar bersama jerebu yang menggila…
Saya tertanya-tanya, apa yang diperoleh oleh “pengikut separuh masak” itu? Yang pasti, mereka berdepan dengan segerombolan anggota polis yang bila-bila masa saja boleh menyumbat mereka semua kembali ke kandang lokap, Sedangkan Anwar dan konco-konconya di dalam Parlimen ketawa berdekah-dekah, tersengih-sengih dapat elaun bulanan sebagai Ahli Parlimen yang terus menerus mengkeldaikan mereka sepanjang masa.
Persoalannya, dimanakah pengikut ini meletakkan otak yang mereka miliki? Maaf kerana menyifatkan mereka sebagai “lembu” kerana jelas mereka seolah-olah tidak punya akal untuk berfikir bagi memperjuangkan perjuangan mereka.
Belum pernah lagi ada demonstrasi sebegitu yang berjaya mengubah sebarang tindakan pihak kerajaan. Kalau suara mereka yang terlolong di luar parlimen enggan didengar Anwar, apatah lagi pihak kerajaan. Tiada hasil apa-apa dari demo itu selain kebodohan yang melampau, bukan?
Sampai bilakah puak-puak ini akan terus “dilembukan” oleh Anwar dan konco-konconya. Bukan sekali dua mereka telah “dilembukan”, malah sudah berkali-kali! Mereka “dilembukan” dengan perkataan “perjuangan” yang mereka sendiri tidak tahu maknanya..
No comments :
Post a Comment