Saturday, 15 June 2013
BN Menang' Tetapi Pembangkang Yang Perintah
Sepanjang Najib berkhidmat sebagai PM, agak banyak juga permintaan pembangkang ditunaikannya. Pembangkang minta mansuhkan ISA, Najib akur. Pembangkang minta dakwat kekal, Najib akur. Pembangkang minta apa² saja pun, Najib tetap akan akur & laksanakan.
Akibat dari sikap Najib yang sangat suka 'menunaikan' permintaan pembangkang, negara menjadi huru hara. Pemimpin pembangkang dengan sesuka hatinya mempertikaikan hak-hak bumiputera. Lagi, meminta agar kristian dibenarkan menggunakan Allah di dalam kitab injil mereka. Menghina institusi raja tanpa segan silu. Membuat kenyataan rasis dan macam-macam lagi.
Tetapi, apa saja yang dipinta, dipohon, dirayu biar dihantar memorandum, demonstrasi kecil-kecilan sampai hilang maruah diri oleh ahli BN, penyokong BN, blogger pro BN, semuanya ditolak mentah² oleh Najib. Akibatnya, BN boleh dikatakan 'gagal' di Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu. Jumlah kemenangan yang dicapai merosot berbanding pencapaian Badawi.
Timbulnya persoalan di sini, Najib berpihak kepada siapa sebenarnya? Kalau semua permintaan pembangkang Najib tunaikan, apa kata Najib berundur dan sertai pembangkang + sekaligus menjadi ketua pembangkang Pakatan Haram. Beri laluan pada Muhyiddin Yasin. Sebab apa, negara ini tidak memerlukan pemimpin yang bersikap populis dan lembik dan isterinya yang suka 'overshadow' dalam apa jua perkara.
Dan 1 perkara lagi yang tidak sepatutnya diucapkan oleh pemimpin politik. 'Kekalahan' yang dialami oleh BN yang mana kurangnya undi dari pengundi cina tidak sepatutnya dilabelkan sebagai 'Tsunami Cina'. Ekoran dari percakapan yang tidak dirancang dan difikirkan dulu sebelum bercakap, kini UMNO/BN menerima persepsi negatif iaitu parti RASIS!
Kekurangan undi cina tidak perlu dilabelkan sebagai 'Tsunami Cina', kerana itu akan menunjukkan Najib sebenarnya telah 'merasuah' bangsa cina selama ini dengan bermacam-macam bantuan tetapi bila cina tidak mengundi BN di PRU13, lalu diungkitnya sebagai fenomena 'Tsunami Cina'.
Tak terfikirkah dia bahawa ayat seperti itu hanya mengundang 'bencana' pada BN?
Di mata rakyat, Barisan Nasional menang Pilihan Raya Umum Ke-13. Tetapi hakikatnya 'Pakatan Rakyat' yang memerintah Kerajaan Pusat? Mungkin inikah perjanjian asal Anwar dan Najib?
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment