Entah apa gilanya, Nurul Izzah yang hanya menang tipis di Lembah Pantai dan sedang berhadapan dengan petisyen memandangkan kemenangannya pada saat-saat akhir, kelihatan terlalu ‘meragukan’, anak perempuan Anwar Ibrahim itu kembali melalak tentang ‘penipuan SPR’ yang dia dan gerombolan termasuklah bapanya sendiri, gagal buktikan.
Seluruh angkatan Pakatan Rakyat, termasuklah di kalangan pecacai mereka sendiri, sekadar berani menyatakan bahawa ada penipuan yang berlaku tetapi mereka tidak dapat membuktikannya. Mereka menyebarkan pandangan mereka itu secara meluas dan tanpa mempedulikan rasional daripada tuduhan yang mereka lemparkan.
Namun memandangkan mereka tidak punya harga diri dan tidak langsung berasa malu, tuduhan tersebut terus dibesar-besarkan tanpa perlu disokong oleh mana-mana hujah atau bukti yang lebih meyakinkan. Pilihanraya Kecil Kuala Besut nampaknya merupakan pilihanraya kecil pertama pasca PRU13.
Dengan kedudukan kerusi yang agak seimbang antara Barisan Nasional dan PAS di Terengganu, kerusi DUN Kuala Besut akan menjadi pertarungan yang lebih sengit dan penuh dengan drama. Nurul Izzah Anwar Ibrahim sudah pun memulakan drama pertama. Dia yang memang terkenal sebagai drama-queen, mengambil kesempatan untuk memperlekehkan Suruhanjaya Pilihanraya yang telah menguruskan kesemua pilihanraya di Malaysia dan memberikan peluang kepadanya untuk bergelar Ahli Parlimen semenjak dari tahun 2008 lagi.
Malah Suruhanjaya Pilihanraya yang sama jugalah yang telah menguruskan kerjaya bapanya selaku Ahli Parlimen semenjak tahun 1982 sehingga kini menerusi pilihanraya yang diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.
Sepanjang kemenangan Anwar Ibrahim selaku Ahli Parlimen, tidak pernah pula kedengaran SPR menipu! Pada PRU13, Pakatan Rakyat cuba mempopularkan isu 40,000 rakyat Bangladesh yang kononnya telah didatangkan ke Malaysia menerusi pesawat-pesawat khas sebagai pengundi untuk Barisan Nasional.
Begitu juga dengan isu blackout selain isu dakwat kekal. Beberapa isu lain termasuklah isu pengundi hantu, turut ditimbulkan.
No comments :
Post a Comment