Saturday 15 June 2013

Jatuh standard kalau berhimpun dalam stadium


Apa kelas beb kalau diorang nak berhimpun dalam stadium. Tak de standard la beb. Kalau diorang ni nak berkumpul dalam stadium, penuh sangat....Tengok la macam yang berlaku sebelum ni masa diorang buat Himpunan Kuala Lumpur kat Stadium Merdeka hari tu.

Ramai sangat orang yang datang, Sampaikan tak muat stadium tu dibuatnya. Siap ada orang yang terpaksa duduk atas bumbung dan panjat atas pokok lagi semata - mata nak turut serta....Jadi, sebab itulah diorang perlu berhimpun di atas padang. Dengan cara tu baru la semua orang boleh datang. Lagi pun, nak bagi alasan senang beb.

Kalau tak ramai orang datang, diorang akan kata "...ini padang terbuka, tu sebab tak nampak ramai orang..." Kan senang kerja diorang?



Itu je sebab sebenarnya Si Rafizi Jambu tu bagi alasan tak nak berhimpun dalam stadium. Nak bagi alasan lain nanti, takut orang tak terima. Jadi, terpaksa jugak la dia buat cerita yang bukan - bukan. Kalau dah dasar Penipu tu, Penipu la jugak!!!Pakatan Rakyat (PR) bertegas untuk menggunakan Padang Merbok sebagai lokasi himpunan “Blackout 505”, dimana ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli berkata sekiranya mereka menerima tawaran berhimpun di stadium akan memberi “teladan buruk” kata himpunan-himpunan lain di masa depan.

Rafizi berkata orang ramai mahu melaksanakan hak untuk berhimpun secara aman selagi ianya tidak melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Ia memberikan satu teladan yang sangat buruk,” kata Pengarah Strategi PKR kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis di sini hari ini.

Menurut Rafizi, tidak ada perkara baru yang dibangkitkan dalam mesyuarat itu, dengan pihak berkuasa menegaskan pembangkang PR perlu menggunakan stadium dan bukannya ruang terbuka, walaubagaimanapun PR masih mahu menggunakan padang berhampiran mercu tanda Dataran Merdeka di pusat bandar di sini.

“Ia masih buntu. Saya fikir ia adalah status quo,” kata Rafizi.

Dua pemimpin PR, seorang lagi ahli Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul, dan DAP Fong Kui Lun, juga menghadiri mesyuarat itu kerana telah dipanggil oleh Datuk Bandar.

Pemimpin-pemimpin PR berkata majlis kepimpinan akan membuat keputusan muktamad mengenai perkara ini.

No comments :

Post a Comment