Terbaca penjelasan panjang lebar Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din mengenai satu soalan yang dikemukakan padanya tentang soal “tahaluf siyasi” di antara PAS dengan DAP di dalam Pakatan Haram.
Soalan tersebut bertanya, “mengapa PAS bertahaluf dengan DAP? Tidakkah DAP itu kafir? Mengapa PAS tidak bertahaluf dengan Umno? Umno jelas Islam, mana lebih baik bertahaluf sesama Islam atau bartahaluf dengan orang kafir?”.
Dalam jawapan yang panjang dari Ustaz Harun Din itu, beliau memberitahu bahawa tahaluf itu dilakukan dengan orang kafir sahaja. Manakala dengan umat Islam lain, tidak digunakan istilah tahaluf kerana umat Islam pada asalnya bersatu dan tidak berpecah belah.
Katanya, tahaluf dengan DAP tidak bercanggah dengan hukum syarak. Beliau memberikan beberapa contoh tahaluf yang dilakukan Rasulullah SAW dengan golonganYahudi dan musyrikin Mekah.
Misalnya, Ustaz Harun Din memberi contoh tentang muamalah Rasulullah SAW yang menggadai baju besinya kepada seorang Yahudi sebagai tukar ganti bagi mengambil bahan makanan untuk keluarga baginda.
Seterusnya, Timbalan Mursyidul Am PAS itu mengungkit kisah silam PAS, (versi yang diputar belitkan), kononnya PAS pernah dikhianati dan ditendang keluar dari BN rentetan dari peristiwa pasca 13 Mei 1969 dulu.
Katanya, UMNO tidak pernah meminta maaf atas tindakan membuang PAS dari BN dan beliau membayangkan bahawa PAS serik untuk bersama UMNO dan BN lagi.
Menariknya, Ustaz Harun Din memuji tahaluf siyasi PAS dengan DAP di mana hubungan tersebut katanya telah berjaya “menambah” bilangan kerusi dan undi PAS pada PRU ke-13 yang lalu.
Persoalannya, benarkah dan apakah jawapan yang diberikan Ustaz Harun Din itu tepat? Saya bukanlah seorang yang tinggi ilmu agama seperti beliau. Namun saya berpandangan sebaliknya berdasarkan hujah yang beliau berikan.
Memang benar, tahaluf itu dilakukan dengan golongan bukan Islam saja. Tapi, wajarkah tahaluf PAS dengan DAP itu dibandingkan dengan tindakan Rasulullah SAW menggadai baju besinya untuk mendapatkan makanan?
Kerjasama yang “dihalalkan” PAS dengan DAP itu melibatkan kepentingan umat Islam dan hala tuju sebuah negara Islam yang bernama Malaysia. Kalau dibandingkan kepentingan itu dengan kepentingan “baju besi dan gadai untuk dapatkan makanan”, maka pada saya ia tidak adil sama sekali.
Kalau nak dibandingkan pun, sewajarnya Ustaz Harun Din membandingkan tahaluf tersebut dengan perjanjian Hudaibiyyah. Pada saya, itu lebih sesuai kerana ia melibatkan kepentingan masa depan Islam dan umatnya pada ketika itu.
Perjanjian Hudaibiyyah menyaksikan Rasulullah SAW berjaya meraih keuntungan demi kepentingan Islam. Lagipun, perjanjian tersebut dilakukan setelah Baginda SAW menerima wahyu dari Allah SWT, bukan? Kesimpulannya, Islam untung dan Rasulullah SAW tunaikan wahyu kehendak Allah SWT.
Tapi, talaluf PAS dengan DAP sebaliknya telah benar-benar merugikan PAS dari awalnya. PAS porak peranda kerana DAP dan tahaluf siyasi tersebut.
Misalnya, PAS kehilangan perjuangan menubuhkan sebuah “negara Islam” dan hudud. Suara Ustaz Harun Din sendiri ditenggelamkan berhubung dua perkara asas PAS itu. Semuanya di”override” oleh Nik Aziz sebagai suara veto Mursyidul Am.
Begitu juga suara PAS mengenai isu kalimah “Allah” yang menyaksikan pandangan flip-flop PAS yang memalukan dan memakan diri di saat akhir. Merah padam golongan ulama PAS bertegang leher dengan Nik Aziz dan beberapa pemimpin Anwarinas mengenai isu itu, bukan?
Lihat saja bagaimana PAS kehilangan Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali. Padahal, Nasharuddin memperjuangkan perpaduan umat Islam yang dituntut agama dan Hasan Ali pula memperjuangkan aqidah umat Islam yang sedang diratah hebat oleh pihak tertentu yang didalangi DAP..!
Dan kerana isu-isu yang merugikan umat Islam itulah maka PAS kehilangan Kedah! Itu jelas! Harun Din sendiri tewas di Perlis, bukan? Kerana apa? Semua itu adalah disebabkan pendirian PAS yang berubah 360 darjah selepas “bertahaluf” dengan DAP, bukan?
Nah! Bukankah fakta-fakta jelas itu menunjukkan betapa ruginya PAS bertahaluf dengan DAP. Lagipun, wahyu dari mana yang PAS dapat untuk menghalalkan tahaluf mereka yang merugikan umat Islam di negara ini?
Apakah Ustaz Harun Din tidak tahu tentang kandungan buku “Jinggay” yang langsung tidak mempedulikan dasar-dasar PAS dan dipenuhi dengan agenda kesamarataan hak DAP semata-mata. Manakala PKR pula hanya mengangguk saja. Di mana PAS nak letak air muka? Di dalam jamban?
Islam tidak pernah mempromosikan sifat dendam dalam jati diri umatnya. Malah sifat memaafkan sering dituntut. Tapi, perlukah UMNO memohon maaf pada PAS jika kekhilafan insiden “ditendang” keluar dari BN itu berpunca dari PAS sendiri?
Memang PAS sertai BN. Tapi kenapa PAS “curi” ahli-ahli UMNO secara halus? Mengapa PAS menawarkan jawatan sebagai “umpan” yang “mencuri” pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu? Bukankah perkara itu tidak wajar dan taktik kotor untuk dilakukan terhadap saudara sendiri?
Bila dipersoal, PAS melenting tidak mengaku. Padahal, sumber risikan ketika itu mengemukakan bukti kukuh atas pengkhianatan PAS pada amanah silaturrahim yang terjalin. Apakah itu semangat ukhuwwah yang diterapkan Islam? Tolong jangan kotorkan sejarah hitam umat Islam lagi.
Pada saya, pendekatan yang terbaik di antara PAS dengan UMNO dan BN ialah “buang yang keruh, ambil yang jernih”. Saya yakin, gabungan UMNO dan PAS bakal menghasilkan ketakutan maha hebat pada DAP dan kaum Cina yang cuba “bermain api” dengan kita.
Di depan mereka “manis”, tapi di belakang kita, hanya Allah SWT saja yang Maha Mengetahui betapa rakus dan jijiknya agenda di sebalik pelukan erat Dinasti Lim itu. Tak payah kira dengan Anwar Ibrahim, dia hanya nak jadi PM saja. Sedangkan kita mahukan perpaduan ummah, bukan?
No comments :
Post a Comment