Monday, 17 June 2013

Fitnah Ala ‘Red Bean’: Undi Tak Percaya Pulak Dah!!

Selepas tewas teruk dalam PRU yang lepas, pembangkang cuba macam-macam cara untuk pastikan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan kekal sebagai Perdana Menteri. Pelbagai dakwaan yang bukan-bukan dibuat, pelbagai tohmah direka untuk menunjukkan seoalah-olahnya kerajaan ini lemah.

Macam biasa, balaci pembangkang semua percaya, termasuk segelintir di kalangan yang mengaku pro BN, Tidak mengapalah, penulis perlu terima hakikat ada segelintir rakyat Malaysia ini otaknya berpenyakit. Cakap pasal betul salah dengan puak-puak ini, ibarat cakap dengan batu, buang masa dan tenaga.

Walaupun begitu, bagi ramai yang lain, penjelasan perlu diberikan, dan ini termasuklah fitnah terbaru kononnya ada ahli parlimen dalam negara ini yang cuba mengumpulkan sokongan untuk mengenakan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Najib, Cuma yang anehnya dalam fitnah terbaru ini, tidak ada sebab dinyatakan!!



Apa jenis undi tak percaya tu? Sepatutnya mesti ada sebab kenapa nak diadakan undi tidak percaya, atas alasan dan sebab apa pulak yang nak dikenakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri?

Patutnya, pembangkang usulkan undi tidak percaya pada Anwar Ibrahim sebab dia tipu banyak dah, sehinggakan dikala 97% orang cina beri undi kepada pembangkang pun, kerajaan BN masih tidak dapat ditewaskan!!

Usul undi tidak percaya ini pula diwar-warkan pulak, diatur oleh seorang pemimpin UMNO dari Kelantan, pemimpin sama yang disebut-sebut akan mencabar Najib dalam pemilihan UMNO akan datang. Tapi seperti biasa, tidak ada bukti ditunjukkan, hanya petik sumber yang entah sesiapa.

Justeru, penulis menyimpulkan ini semua adalah satu lagi fitnah yang direkayaksakan oleh pasukan tentera siber pembangkang yang dikenali sebagai Red Bean Army. Pasukan yang dibiayai oleh DAP ini (dijelaskan oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun) nampaknya mengubah taktik dengan cuba menimbulkan huru hara dalam UMNO pula.

Pendekatan ini sesuai dengan kedudukan UMNO sebagai parti yang mempunyai jumlah kerusi paling tinggi dalam Dewan Rakyat, 88 kerusi – kurang satu dari 89 kerusi pembangkang kalau dicampurkan semua sekali. Tak dapat kalahkan UMNO dalam pilihanraya, Red Bean Army cuba hancurkan UMNO dari dalam pula.

Ini semua pendekatan yang kita semua patut berhati-hati agar tidak terperangkap. Puak ini memang tidak ada kerja lain, hanya menyasarkan UMNO sebab itulah parti terkuat dalam BN.

Sementara penulis yakin UMNO mampu bertahan dari fitnah ini kerana jentera kita kuat, parti komponen BN macam MCA dan Gerakan patut ambil peluang ini untuk perkukuh kedudukan masing-masing dalam politik dan alam siber. Biarlah Red Bean sibuk attack UMNO dan MCA serta Gerakan boleh perkemas jentera siber masing-masing.

No comments :

Post a Comment